Wednesday, 13 June 2012

LAPAR DAN MAKANAN

assalamualaikum semua. ape korang rase bile bace entry ni? adakah anda terase lapar? atau tgh dok berangan+meleleh air liur membayangkan mknn yg sedap lg lazat dan berlemak?hewhew:)
















                             

ok tgk gamba ni tetibe lapar kan? cpt telan air liur sblm meleleh.





sebenarnye dari dulu dah dok terpikir, lapar dan makanan, kaitan apekah? bile kite lapar, mostly minda kite akan fikirkan tentang makanan. xdelah dok pk pasal benda2 lain. kdg2 mknn yg x sedap pon boleh telan aje bile dah lapar sesangat kan? btw, relationship apekah yg ade antare lapar dan makanan ini? adakah mereka psngan? berkahwin mungkin? hoho:P x, jwpnnye mereka ibarat irama dan lagu, x boleh dipisahkan. ibarat pasir dan pantai, sentiase bersama. ibarat.,ok ckuplah! x de dah ibarat lain. hmm.,yelah, klau korang lapar, x kan nak tgk tv je kan? hilang ke rase lapar tu? iye! sudah tentu tidaaaaaakkk! yg pasti kite dan semua org tahu, bila kita dapatkan makanan, rase lapar itu akan hilang. that's why we need food and of coz i love food:) don't u?



mungkin sesetengah org x kisah mkn mknn ape pon. means, selagi halal dan boleh dimakan, bantai aje. ade pulak org yg alergi, mkn ni x boleh, tu x boleh, korang mcm tu ke? ape2 pon korang makan, sudi ke korang share mknn ngan org lain? alah, kwn sebelah loker baru jeling biskut sket, korang dah tipu kate biskut tu expired. hewhew:) x salah kite berkongsi kan? cume korang sanggup ke berlapar or makan x ckup kenyang bile share ngn kengkawan, cube tgk kisah di zaman rasulullah ni:)

here the story goes..,


Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w.  dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, 

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

ok, bile korang lapar, boleh ke korang tidur? mesti perot bergendang buat konsert kriuk2 lapar kan? tgk lah kisah ni, betapa mulianya sifat mereka sekeluarga, mereka mampu MENAHAN LAPAR SEMALAM DEMI TETAMU. anda bagaimana? bile tgk tetamu msuk rumah je, awal2 dah ckp, 'air bujang je yg ade'...heheh:) tepuk dada tnyelah iman. eceh gaye bg tazkirah dah.,ape2 pon renong2 kan ye semua. ingatlah, sentiasa syukuri nikmat makanan yg diberi. mkn mkann yg seimbang dan sihat sbb makan untuk hidup, bukan hidup utk mkn! haish, peringatan utk diri sndri.*bile nk trun berat ni?


sekian dulu, assalam

*iye, setelah post entry ni, sy terase lapar, ade sesape nk blanje? hehe:P


terima kasih sudi baca, jemput dtg lg bila2

No comments:

Post a Comment